Irritable Bowel Syndrome (IBS) - What is That?

Oh the title.... Do you guys know what irritable bowel syndrome is all about? Let just short-form it, IBS. So what is IBS? According to the info I found on the website, IBS is a common disorder that affects the large intestine. Signs and symptoms include cramping, abdominal pain, bloating, gas, and diarrhea or constipation, or both.

IBS can be triggered by food, stress and hormone. Basically food is related with someone yang ada allergy to certain food or ingredients. While for stress, most people with IBS experience worse or more frequent signs and symptoms during periods of increased stress. On the other hand, usually women is those that will be affected by IBS due to hormonal changes. The signs or symptoms are worse even more especially during or around menstrual periods.

To know the details, I hope you can google. I don't want to copy paste it here because that is not necessary. You can always google it. You can read about the symptoms, causes, who are at risk, complication, prevention, treatment and many  more. 

In my case, I tak pernah sedar yang I ada IBS ni. Tapi I perasan lah yang I kerap sakit kat bahagian perut or my digestive system if I have to do something important and BIG for me. 

Too happy, sakit perut.....
Too nervous, sakit perut.....
Too stress, sakit perut.....
Too scared, sakit perut.....
Too sad, sakit perut.....

Sakit perut dan rasa tak selesa kat bahagian perut, tak  boleh nak makan. Tak lalu. Tak boleh sumbat pun. Rasa sakit tu macam macam. Kekadang rasa macam mencucuk, kekadang rasa macam keras, kekadang rasa ngilu, pedih semua ada. 

I tak aware pun ada penyakit dipanggil IBS ni until one day I jumpa doktor at private clinic. Doktor tak dapat diagnose sakit yang lain, tapi dia ada cakap "Awak ni ada IBS ni. IBS tu bla bla bla. Dia akan sakit bahagian perut. Apa apa yang awak rasa, dia akan bagi kesan kat perut. Rasa tak selesa apa semua" So ever since that, I googled about IBS and now I know little bit bout the syndrome. Tu satu hal. Tapi pasal IBS ni kejap je, lepastu I pun dah lupa. 

Few months after that, this happened masa I busy buat thesis master, masa tu I memang tersangat lah stress. Stress to the max tapi yang pelik I memang takde sakit kepala langsung. Langsung takde. Walaupun selalu tidur lambat siapkan assignments, stress itu ini sebab macam macam problem, tapi sikit sakit kepala pun takde. Tapi I takde la terfikir sangat sebab masa tu memang fikir thesis je. 

Tapi I selalu sakit perut. Ni sakit perut yang diarrhea tu taw. Diarrhea = cirit birit. Mula mula I fikir I salah makan. Sebab memang perut I sensitif sikit. Kalau makan cili padi mesti sakit perut nak cirit. Kalau selalu skip breakfast, pun sakit perut nak membuang. Kalau period, orang selalu senggugut je. Tapi I, senggugut + sakit perut nak buang air besar je. Memang perut sensitif. 

Ok back to masa busy siapkan thesis, I sakit perut diarrhea tu. Selalu kalau salah makan, I akan minum teh o pekat and dia akan okay lepas 1-2 hari. Tapi it continously diarrhea for two weeks. Everytime I makan, I mesti akan cirit birit. Diarrhea tu buat kita lemah sebab kita akan dehydrated. Sebab keluar air banyak sangat.

Imagine I macam tu selama 2 minggu, memang I lemah jugak la. Dengan banyak kerja nak kena buat, tu pun I kuatkan semangat. Sampai tahap I takut nak makan, takut cirit lagi. Ni bukan buang air biasa taw, kalau buang air biasa tu bagus la kan. Tapi ni yang serious lemah gila bila cirit birit. Berat I pun turun time tu. I tak perasan berat turun sampai lah jiran I tegur I nampak kurus sikit. Kahkah!

Disebabkan I busy gila masa tu, I tahan je sampai 2 minggu. Tapi bila masuk minggu ketiga, I decide nak jumpa doktor. Doktor klinik kerajaan pula. Sebab I dah taktahan. I ingat I ada sakit yang serious la. After doktor cek itu, cek ini last last doktor tanya "Awak stress tak? Awak tengah buat apa ye sekarang?" And I pun mengaku lah yang I memang tengah stress sangat sangat sebab tengah usaha completing my thesis and preparing for viva + assignments and presentations yang non stop. Doktor tu senyum je and cakap "sebab awak stress, sebab tu awak sakit perut yang cirit birit sampai 2 minggu" 

I tetiba baru teringat yang dulu ada doktor cakap I ada IBS. So maybe sebab ni lah. Then doktor yang gov clinic ni cakap, "kita akan bagi awak air garam untuk redakan sakit tu. Tapi yang sebetulnya, takde betul betul ubat boleh hilangkan sakit ni forever. It just you, yang kena kawal stress you. Jangan stress sangat. Take it easy. Everything will be fine"

Since that day, I cuba set in  my mind to control my stress. At least, to not think too hard. Because it's for my own health condition. Sebab I sumpah tak larat asyik nak kena pergi toilet je. Air dalam badan pun dah kurang. So bila I try control stress tu, sikit sikit diarrhea tu jadi getting better. Alhamdulillah. Tapi towards the end of MBA journey, ada juga lah sakit sakit tu tapi stil controllable. Takde lah sampai 2 minggu.

Even up until now, kalau I ada benda yang buat I nervous contoh nak pergi IV, memang I akan sakit perut. Too happy got hired pun perut I sakit. Sakit yang tak boleh nak makan, and nak ke toilet saja. I try my best to control. Kesian perut I. Risau jugak sebenarnya tapi hopefully takde apa apa yang serious lah. 

Tu je I nak cerita untuk entry kali ni. I just nak share yang penyakit macam irritable bowel syndrome (IBS) is actually exist. May Allah always reward me with a good health! Aminnnn.

Ok guys, thanks for reading. Till next entry ya. Take care and assalamulaikum!



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top