Kita selalu ada habit untuk tangguhkan atau melambat-lambatkan sesuatu kerja. Betul tak? Senang cerita, bak kata omputeh procrastinate at its best. Procrastine tu ialah tindakan untuk melewatkan atau penangguhan; menunda melakukan sesuatu. Contoh ambil kat diri sendiri lah ye, tak payah cari contoh jauh jauh. Me myself meamng suka dan selalu rasa malas nak mandi. Nak mandi ni punya lah susah. Orang orang tua cakap, bercinta betul. Maksudnya macam beratnya lah nak buat benda tu. Dari 1 jam, ke jam berikutnya dan berikutnya sampai lah jadi 12 tengah malam ke atas. Selalu sangat dah mandi lewat. I tahu benda ni tak bagus tapi procrastination hit me hard. Bukan malam je, kalau waktu siang pun sama. Bila penyakit malas mandi ni datang, dia jadi betul betul malas. My mum sampai cakap "haaa baguslah mandi sehari sekali je. Jimat air" Kecuali kalau ada hal yang kena keluar, tu memang cepat je lah mandi.
Lagi satu contoh, nak solat tu kekadang syaitan punya lah menghasut. Kalau waktu Zohor, I selalu sangat buat macam ni "kejap lagi lah. Pukul 2 lah. Eh 2.30pm lah. Eh 3 lah. 3 awal lagi" dan benda ni berlanjutan. Kadang kadang waktu Asar pun macamtu. End up, kita akan selalu solat dihujung waktu. Teruk kan? Astaghfirullah.
Contoh lain, kerja dapur/kerja rumah. Pinggan dalam sink tu takde lah banyak sangat, tapi malas yang amat nak cuci. Padahal kalau buat terus tu, berapa minit je dah siap. Tapi bila perasaan malas tu dah datang, haih. Entah nak jadi apa taktahu la. Anak dara apa macam ni? Contoh lain lagi, sidai kain. Malasnya tu Tuhan je yang tahu. Malas sangat nak sidai kain duk tangguh tangguh. Kadang tu sampai 2 bakul kena sidai sebab tangguh punya pasal. Belum masuk part lipat kain baju lagi. Selagi tak ada 2 gunung Everest selagi tu lah mood nak lipat baju tu tak sampai. Korang fahamkan perasaan I?
Dan banyak lagi lah sebenarnya contoh contoh yang kita selalu tangguh kerja kita. Maybe korang pun antara yang suka bertangguh tangguh. Procrastination at our best. Gituuu. Takpe, I faham. Benda ni sangat normal. Perasan tak yang kita selalu suka lewatkan/tangguhkan perkara/pekerjaan yang simple dan mudah je yang cuma perlu masa 5-10 minutes je. Perasan tak? Yang kalau benda tu kita buat, sekejap je dah siap. Contoh mandi. Bukan lama pun. Kalau kita angkat punggung terus bangun untuk mandi, haaa kejap je dah settle. Sama juga macam solat. Kalau kita buat solat tu sekejap je pun, 5 minit je. Kerja kerja rumah yang lain pun macam tu juga. Dan juga kerja kerja simple yang lain.
Kat sini, I nak share tips yang I jumpa kat twitter. I tak ingat siapa yang tweet sebab I tak follow dia. Tweet dia lalu pun sebab ada one of my followings yang retweet tweet dia. Ok tweet dia suggest untuk kita cepat cepat lakukan task kita if task tu ambil masa hanya 5 minit. Maksudnya kalau task tu sejenis yang simple dan mudah, contoh MANDI dan SOLAT, kita jangan tangguh. Terus buat je.
So I cuba apply konsep tu untuk aktiviti harian I. Al maklumlah lagi lagi sempena azam tahun baru ni kan, nak lah berubah and buang habit mandi lewat bagai tu. Kengkonon mandi lewat tu tak baik untuk kesihatan. So I started with mana mana yang perlukan hanya 5-10 minit tu, I terus buat. Tak tangguh tangguh lagi dah. I cuba sehabis baik untuk taknak tangguh. Bila I rasa malas nak mandi, I akan set dalam kepala ok mandi 5 minit je, so I akan terus bangun untuk mandi. And settled! Macam tu juga dengan solat. Bila rasa nak tangguh tu, kena fikir yang solat ni sekejap je 5 minit je. Kalau 5 minit je, terus buat jangan tangguh. So settled! Dan lain lain seperti basuh pinggan mangkuk dalam sink dan sidai baju. Dan beberapa task lain I apply jugak konsep 5 minit ni.
So apa hasilnya? Hasilnya ialah takde lagi dah masalah mandi lewat, solat lewat, itu ini settled cepat. Takde dah masalah sepah sana sini, tak terurus sana sini. Takde lagi masalah asyik aku je sidai kain, kau lah pulak sidai. Asyik aku je buang sampah, kau lah pulak. Takde dah masalah siapa kena buat itu ini. Sebab dengan konsep 5 minute task ni la, kita akan terus cepat je buat. Pap pap pap siap! Haa takde dah mak ayah kita nak bebel bebel itu ini sebab semuanya completely done! Lagi satu bila kita solat di awal waktu tu, kita akan rasa banyak je masa Allah bagi. Bila rasa banyak masa, kita boleh buat macam macam aktiviti. Baru lah rasa produktif sikit. Ye dak?
Gituuu. I takde lah suruh semua dalam rumah ni buat macam tu. Sebab I rasa I je kot bermasalah macamni. So cukup lah I sorang je ubah diri perangai semua ni. Umur pun dah 25. Kena sedar diri hahaha.
Ok lah tu je sharing I setakat ni. I just nak share, cuba lah you guys apply konsep 5 minutes task ni. Percayalah korang akan rasa lebih teratur dan tersusun. Hati pun akan rasa tenang je. Happy je sebab semua benda simple TAPI penting tu kita dah pun buat. InshaAllah. Semoga apa yang I share ni dapat lah bagi manfaat walaupun sikit untuk korang ye.
Salam sayang dari I, till next entry. Assalamualaikum.
0 comments:
Post a Comment