Honest Review: dUCkcosmetics

dUCk now dah release their own brand cosmetics. Im not really excited at first because Im not into makeup. But I really wanted to know how the quality is and I want to do the swatches. Lol takde kerja. No, actually I saja nak tengok and rasa texture and best ke tak bila apply. Nak rasa sendiri. 

Before they launch their makeup product ni I dah terfikir mesti mahal gila sebab yela tudung dia basic plain pun dah RM130 so makeup ni mesti mahal. Ala ala makeup high end tapi yang baru nak up. Tapi tengok tengok harga dia okay la tak mahal and tak murah for local Malaysia brand. RM70 for a lisptick is ok for brand like dUCk. Ok la means boleh beli.

Actually I went to Pavillion adalah nak cari something for self reward. So kalau lipstick or lipcream dUCk ni best, I will buy one. So I went to pavillion at level 6. Butik dia opposite butik tudung dia. Masuk masuk memang ramai orang. Lepastu tengah duk try try masuk lagi orang. Ramai gila serious. Maybe sebab today is their first day open the boutique. So memang ramai lah plus its weekend kan. And then yang beratur kat cashier untuk bayar pun mak aih ramai gila! Deco butik dia I suka, putih je. I love it. 






FIRST IMPRESSION & SWATCHES

1. LipstickWitU Lipstick
RM70
4 shades available
(ravishing janice, joyful julie, pinky phoebe & bubbly carol)

So this one is said to be matte. But masa I buat swatches tu, I don't find its matte. Rasa macam lipstick biasa yang satin tu. Yang penting not matte. I ok je dengan texture dia yang bukan matte. Means dia takkan keringkan bibir sangat (those yang ada dry lips problem sesuai lah kalau lipstickWitU ni. Sebab matte lagi kering sebenarnya. Tapi ada orang dia memang suka matte so dia takkan suka jenis satin ni. Satin ni not really long lasting. So kena selalu reapply. 

This one dia punya pigmentation is okay. Quite pigmented. Okay lah not bad. I suka je. Pastu dia glide smoothly best je time apply tu. Tapi sebenarnya favourite lipstick I so far ialah MAC haha sebab dia more pigmented compare to this one. And harga MAC lipstick pun lebih kurang je. 

Colour lipstick dUCkcosmetics ni macam tak banyak choice. Ada 4 shades je. Yelah maybe sebab dia baru launch kan. Tapi I tak beli sebab colour yang I nak tu takde. So I tak beli. Just buat swatches and ada apply kat bibir but for bubbly carol and pinky phoebe je. Because antara 4 shades tu, my fave are bubbly carol and pinky phoebe sebab both macam nude. So natural look (my official colour of lipstick). So if you guys suka macam natural, nude nude colour, this two shade sesuai kot. 

For the packaging, I like their packaging part yang magnetic tu. Rasa macam unik. I love when it can stick with each other sebab ada magnet tu. But for design and so on biasa biasa je kot. Tak wow sangat lah. LipstickWitU ni also easy to remove. I don't think you need a makeup remover or wet tissue or micellar water. I think bila you makan pun dia senang hilang. And then boleh lap guna tisu biasa je. 

2. Matte Decisions Lip Cream
RM75
5 shades available
(dazzling sookie, snazzy stella, minimally tracy, fearless lane & zealous zoey)

Lipcream memang famous I rasa. I mean ramai lah yang cari lipcream. I tak beli this one sebab colour dia tak berapa menarik minat I. Yang dah ada kat rumah pun macam lebih kurang je. So I tak beli. Lagipun tak minat makeup sangat. Lipstick and lipcream yang ada kat rumah ni pun jenuh nak habiskan. So I buat swatches je and also ada try apply kat bibir but not all colour. Sebab nak tengok dia cepat kering tak, kiss-proof and smudge-proof tak. 

My honest review, ok dia agak lambat untuk kering. So bila dia lambat kering, it tends to smudge. So comot juga la. Tapi once it dries, it will be okay and tak comot. And dia tak keringkan bibir I so its good. Sebab ada yang lipcream I pakai bibir akan sakit gila sebab dia kering yang tarik bagi sakit tu. Ish so sensitive. Tapi lipcream from dUCkcosmetics ni okay. Tak sakitkan bibir. Just dia lambat kering sikit and colour dia takde yang I cari cari (tak banyak choice). Thats why tak beli.

Packaging dia simple je. Tapi dia senang kotor. If tangan kita kotor nanti bekas lipcream senang nampak kotor. So kena rajin rajin lap and bersihkan tapi kalau you jaga elok elok, tangan bersih and tak comot, so ok je. For the applicatior, quite easy to apply. Tapi biasa biasa je applicator dia. Nothing unique, rasanya tarte lagi unik kot. Biasa means macam lipcream yang lain.  

And dia sangat senang untuk remove. I try guna micellar water and makeup remover dUCk tu, senang je nak remove. Takyah try hard nak tonyoh. Guna sikit je pun boleh remove (or maybe sebab belum completely dry?) Entah lah nak.... Again this is just my honest review and first impression taw. Oh yes my fav shade for natural look will be minimally tracy of course. Snazzy stella and dazzling sookie pun lawa juga. Tapi I dah ada colour macam tu lebih kurang. Im looking for colour yang I belum ada sebenarnya. Kalau zealous zoey and fearless lane tu dia jenis metallic. Cantik sebenarnya. But I tak confident nak pakai bold colour macam tu. So kalau you suka, boleh beli! :)

 3. Glossip Girl Lip Gloss
 RM60
4 shades available
(basic blair, classy serena, sincerely cece, & lady eleanor)

As for me, just a normal lipgloss kot. Takde apa yang special. Tak banyak choices. But I suka yang classy serena tu. Basic blair tu memang natural gila. Natural yang tak nampak apa apa lol. Just lembabkan bibir kot. Ni pun I tak beli sebab tak minat lipgloss. But I ada apply kat bibir. Tak sticky sangat. Not bad lah. Sebab ada je lipgloss yang over sticky. Annoying gila. Tapi this one is okay.

Packaging pun macam lipcream. Cepat kotor. So kena jaga elok elok. Penutup dia kena tutup ketat ketat kang comot. In terms of price, agak mahal kot untuk lip gloss. Baik ambik drugstore makeup. Hihi. But for those yang suka silakan lah beli. Ada orang beli sebab brand. So ok je. Tapi untuk yang tak berapa minat makeup like me, brand drugstore pun dah ok sebenarnya ;)

lipstick, lipcream and lipgloss swatches

 4. All-Eye-Ask Eyeshadow Palette
 RM135
2 codes available
(nude & smokey)

Ok this one I nak comment banyak pun I tak reti. Sebab I bukan jenis pakai eyeshadow. Nak blend ke apa ke memang tak reti lah. Nak buat smokey eyes look ke apa ke langsung tak reti. Apa yang I boleh share adalah my first impression tengok palette ni I rasa biasa biasa je packaging dia. Nothing yang menarik. Entah la maybe high expectation kot. So I expect packaging dia mesti wow. But I might be wrong. Again, tu first impression orang yang tak reti makeup macam I lah. Maybe orang lain rasa ok. But this is the purpose of this post. Untuk share my humble opinion hihi. 

For the shade, ok lah cantik untuk beginners macam I. And quite pigmented kot. Untuk beginners this one is enough untuk belajar makeup. But the price RM135 rasanya macam agak mahal for local brand and for me yang broke af ni haha. Rasanya kat sephora boleh dapat kot palette yang high end tapi harga lebih kurang. Hmm entah lah masing masing punya taste kan. I tak tahu I tak reti ber eyeshadow. As for beginner like me, I suka je palette ni. Tapi I bukan pakai pun kalau beli.... So nay!


In conclusion, biasa biasa je lah kot. Tapi harga lipstick dia agak mampu milik. Just colour dia banyak yang I tak minat. Tapi kalau you guys suka, boleh la try beli. Why not support local brand ;)

So this is the price lists for dUCkcosmetics: 
Lipstickwitu Lipstick: RM70
Matte Decision Lip Cream: RM75
Glossip Girl Lipgloss: RM60
All-Eye-Ask Eyeshadow Palette: RM135
Makeup Remover: RM100

Ok lah sekian sahaja review ikhlas from me. Jujur habis dah ni. But I believe dUCk will improve from time to time. Bak kata orang, kasi can lah. Ni kan 1st product makeup diorang. I will buy if ada rezeki one day. Long way to go for dUCkcosmetics. I will definetely support a local product if apa yang I nak ada kat brand tu. Just as for now, ni review jujur yang I boleh bagi hehe. Last last I pergi dUCk store untuk beli scarf dia. I beli premium basic matte satin shawl for self reward (balik kepada tujuan asal datang pavi). Lol kemain awal awal plan nak beli lipstick. End up beli scarf! Addicted gila dUCk punya tudung ni. Help me....

(Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. This is just my very honest review and personal experience. My intention is just want to share. Sharing is caring)

Thanks for reading! Take care :)

#dUCkcosmetics #dUCkcosmeticsreview #dUCkcosmeticshonestreview #dUCklipstick

CONVERSATION

10 comments:

  1. i think i wont anything from here too sebab semuanya pricey ! saya pun tak pandai makeup smua ni, jdi yg kat drugstore tu mmg dh cukup & banyak choices :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup kat drugstore memang banyak sangat choices and affordable ;)

      Delete
  2. Wowww the price. Rm100 for make up remover. Huhuhuhu. honestly, Its price is not affordable for all :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Takpela target market dia orang yang afford to buy kot. Worries not, kat watsons guardian banyak sangat. I pakai drugstore brand je

      Delete
  3. Wahh dah ada kosmetik pula ye Duck skrg ni. Boleh tahan juga harga dia ye. Nampak cantik semua warna-warna lipstik tu. Siapa cosmetic addict confirm suka masuk store ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn. Rasanya dUCk nak buat konsep semua dia ada. Home and living, stationery, scarf, bag, makeup. Lepas ni apa pulak haha

      Delete
  4. Bagus ni review dengan honesty

    ReplyDelete
  5. Hopefully lepas ni akan banyak lagi products diorang. Teringin nak pergi tapi tunggu store diorang penuh dulu kot. Hihihi.

    ReplyDelete
  6. I love the packaging so much <3

    http://aimisyafiqah.blogspot.my/2017/09/back-to-school.html

    ReplyDelete

Back
to top