Kita baru habis kelas ni. penat jugak lah kelas sampai lewat petang (pukul 7) hari ni. Lagi lagi sekarang dah start kena buat presentation itu ini, assignment, lab report lagi and macam macam lah. Bila masa nak study ni hmmm. Nak mengeluh lebih lebih tak baik pulak.
Sir Shamsul (lecturer parasitology) selalu pesan (lebih kepada amaran)
"jangan mengeluh. Berdosa!" (baca slang utagha)
biasa lah nama pun student. Student life memang la busy. itu pun life kita ni takde la busy se busy orang yang pegang jawatan tu jawatan ni dalam kelab itu kelab ini
Dulu ustazah CTU (kod untuk subjek malaysian history) pernah cakap,
"life masa degree ni lah yang awak betul betul rasa macam student yang busy. Nanti master, PHD mana ada dah. masa tu biasa biasa je. Memang makin susah tapi tak sebusy degree student"
Okay sebenarnya nak cerita satu cerita waktu zohor tadi. Keadaan dalam salah satu surau dekat fakulti sains gunaan (FSG). Selalunya waktu zohor surau memang padat sangat sangat. Semua surau perempuan kat FSG memang pack sebab orang nak solat zohor sebelum pergi kelas pukul 2. So tadi memang ada kelas pukul 2 pun (kelas arab). Nak taknak kena la tempuh kepadatan surau tu sebab nanti kelas straight sampai pukul 6 bila masa pulak nak solat Zohor.
Nak dijadikan cerita yang sampai kita rasa geram nak marah, tadi ada sekumpulan manusia ni duk pekik pekik sembang gelak kuat kuat dengan kawan dorang (1 group). Dia punya volume suara tu macam kawan dia duk jauh berbatu nun haih geram betul. Sakit sangat hati tengok. Takde la nak cakap apa, tapi masalah nya dia taktahu ke yang.....
First, dia taktahu ke tu dia duduk dalam surau?
Second, dia takde rasa hormat ke dekat orang yang tengah solat? Tak ke naya kalau orang tu salah sebut dalam bacaan solat dia.
Ya Allah panas nya hati nak tegur tapi takde kekuatan pulak. Dah la duduk tengah tengah alam. Menyusahkan orang nak lalu lalang ya Allah taktahu nak cakap macam mana. Rasa nak marah sangat dah tadi
Lagi satu hal, dah habis solat boleh lah pulak dorang (orang lain) slow motion terhegeh hegeh duduk situ keluarkan bedak. Touch up itu ini. Pakai tudung lemah lembut sopan santun. LEMBAP! (marah sangat ni taw) Tak salah pun kalau nak touch make up tebal 17 inci sampai sejam pun, tak salah langsung. Tapi tolong lah bergerak ke ruang belakang, bagi laluan orang lain untuk solat pulak. Kesian tengok orang lain (yang dah siap pakai telelekung) yang tunggu turn untuk solat
Tolong lah. Kita dah besar. Dah jadi student univeristi tolong lah ubah sikap. Tak kesah pun awak awak nak melalak gelak macam hape terjerit jerit, tapi tengok tempat yang sesuai lah. And surau bukan tempat yang sesuai tu. Banyak lagi tempat lain
Pelik macam mana orang boleh terpekik seronok gelak happy happy dalam surau sampai tak hormat orang. Dulu masa sekolah kalau nak cakap dengan kawan dalam surau pun berbisik bisik. Mana lah perginya adab kawan kawan kita ni. Tolong lah jangan buat macam tu. Jaga lah adab kita orang melayu Islam. Nak cerita apa pun jangan lah bagi sampai 1 surau dengar. Semoga apa yang jadi ni boleh kita ambik pengajaran (pesan untuk diri sendiri sekali)
Sekian sahaja. Until next entry
Assalamualaikum :)
0 comments:
Post a Comment