Newbie

Hai assalamualaikum 

Seperti yang dilihat pada tajuk di atas "newbie" yes i am newbie for this new blog after sooo long mendiamkan diri. Hahaha rasanya macam dah lama sangat tinggalkan dunia blogging ni. Blog yang dah lama tu dah delete dan terkubur lah post zaman sekolah dulu kakaka. Sekarang ni kita nak start baru. Blog baru, entry baru insyaAllah isi pun baru, matang sikit lah cewah

Masa mula mula start blogging 16-17 tahun. Sekarang umur dah 21 taw. Dah 3 tahun jugak la. Banyak yang dah lupa nak edit template bagai bagai. Jenuh nak belek nak cari sana sini. Terkial kial kita haha. Sebenarnya purpose nak start balik blogging nak isi masa lapang. Nak isi masa dengan menulis konon lah. Minat lah jugak tapi masaaaaa. Masa memang susah nak cari 

Ok lah untuk permulaan ni, kita nak bagitahu serba sikit pasal diri kita ni

  • 21 tahun
  • Perempuan lah of course tengok URL lahhh 
  • Student UiTM Shah Alam ambik degree Fakulti Sains Gunaan kos major Biology (tahun 2 sekarang) kalau nak tanya apa apa pasal kos biology ni boleh la tanya sikit sikit. Mana yang kita tahu kita jawab la taw :)
  • Ex KMPK (kolej matrikulasi perak) student batch 2012/2013
  • Orang shah alam. Dari kecik sampai sekarang memang duduk shah alam. Belum berhijrah lagi insyaAllah sooon hehehe
  • Ex SMK Seksyen 18 Shah Alam batch 2007-2011 (currently known as SMKA seksyen 18)

Sekian sahaja untuk my very firsttttt entry! :) 
Toodles until next post okaaay.
Assalamualaikum

CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top