Pengalaman Bersalin C-zer Musim PKP 2021 di Hospital Shah Alam

Assalamualaikum semua. Lama betul tak update blog. Last update adalah tahun 2019. Sekarang dah December 2021, nak masuk 2022 dah hahaha. Last update masa tu single, sekarang dah jadi mak orang. Alhamdulillah. 

Sepatutnya nak share more on preparation kahwin di musim covid and PKP, share pregnancy journey, preparation bersalin and so on, tapi kita skip terus ke pengalaman bersalin dulu lah ye. InshaAllah ada masa nanti I akan buat entry yang lain and after this blog ni akan more entry regarding my journey as a mother. Sekarang anak I (anak pertama) dah 3 bulan, Alhamdulillah. 

So based on the title above, I akan share pengalaman bersalin di hospital kerajaan. Okay so I start dengan I bersalin C-zer (caesarean). Kena C-zer sebab air ketuban pecah awal (week 36, day 6). Lagi sikit nak masuk week 37 tapi doktor cakap anak I "TERM", maksudnya cukup bulan and bukan baby premature. Sebab ada dua jenis kiraan. First 36w6d, another kiraan dah 37w2d. 

Regular Checkup kat KK

So ceritanya begini, hari Khamis petang (26/08/2021) I had a regular checkup at KK. Masa checkup tu, doctor buat scan, baby masih lagi breech (songsang). Masa tu dah 36w 5d. Memang I dah redha dah kalau kena c-zer. Sebab baby breech tak boleh normal delivery. So doktor kata since dah nak masuk week 37, doktor akan bagi referral letter untuk I jumpa pakar dekat Hospital Shah Alam. 

Kat situ, pakar akan check possible tak untuk buat ECV (untuk pusingkan baby so boleh bersalin normal). Nak buat ECV ada beberapa benda kena check contohnya air ketuban cukup, tali pusat tak terbelit kat leher baby dan lain lain. Kalau semua okay baru boleh proceed ECV. Dengar cerita ECV ni sakit yakmat ye. 

I pun bawa referral letter from doctor KK ke department O&G kat Hospital Shah Alam. Kat sana diorang bagi date untuk jumpa pakar on next Monday, 30/08/2021. 

Air Ketuban Pecah Awal

Tapi baby decided to pop early, nak tengok dunia awal. Esoknya (Jumaat, 27/08/2021), malam lepas makan, tiba tiba air ketuban pecah. Bila air ketuban pecah, terus pergi bahagian emergency bersalin dekat Hospital Shah Alam, Seksyen 7. Kalau boleh I memang nak bersalin dekat gov hospital untuk anak pertama. Either normal or c-zer, mesti nak bersalin hospital gov. So that's why we decided to go to Hospital Shah Alam since I pun stay dekat Shah Alam. Procedure kat situ kena letak buku pink dalam bakul, nanti nurse akan panggil. So nurse tanya tanya, check suhu badan, check BP, check urine, dan basic yang lain, lepastu nurse suruh tunggu untuk doctor panggil. 

Tak lama lepastu, nurse panggil masuk untuk check ECG baby. Sebab I bagitahu yang air ketuban dah pecah nak dekat 1 jam. Nurse buat ECG for 20 minutes untuk check jantung baby, and Alhamdulillah jantung baby dalam keadaan baik. Lepastu ada this male doctor datang check bukaan. Bukaan takde lagi dan baby still breech (songsang). Yang ni I dah expect memang baby still breach sebab semalamnya baru lepas checkup KK, baby masih breech. Doctor check buku pink semua and doctor bagitahu kena emergency C-zer. Tapi tak emergency sangat pun lah sebab dia bagi date esok pagi (28/08/2021, 8 pagi). Bukan emergency aygn kena terus masuk bilik bedah (OT) tu sebab no contraction and jantung baby still okay. Doctor siap tanya "apa awak buat sampai air ketuban pecah awal?" I cuma jawab "takde buat apa, duduk atas katil sambil main phone je" hahaha.

COVID Swab Test

Lepas doctor confirmed date and time untuk masuk OT, I kena tunggu untuk buat swab test for COVID. Masa tu dah pukul 12 tengah malam. And I pun dah pesan kat husband and my mum yang diorang dah boleh balik. Sebab once I dah buat swabt test, I tak boleh jumpa diorang dah. Doctor kata result akan keluar dalam pukul 3 pagi. Lepas doctor swab dekat hidung and dalam mulut, ada this one HO perempuan, very soft and gentle, dia cucuk tangan untuk masukkan jarum, untuk drip air dan ubat. Jarum tu sangat besar ye. Tapi Alhamdulullah my pain tolerance quite okay so tak rasa sakit. Lepastu dia drip solution kat situ. Masa tu I dah kena puasa. Nasib baik lah sempat makan malam kat rumah sebelum air ketuban pecah. Kalau tak mesti lapar gila. Sambil dia cucuk tu, dia remind kalau C-zer ni ada risiko dia. 

1. Bius separa badan dan kesannya. Kesan lepas suntikan tu, sesetengah orang akan rasa sakit kepala, rasa tidak selesa pada saraf, dan sebagainya. Sakit tu boleh jadi selama beberpa hari atau minggu.
2. Sakit luka pembedahan. Susah nak ketawa, batuk, bersin dan sebagainya.
3. Risiko jangkitan kuman. Tapi doctor/nurse akan bagi antibiotic before operation.
4. Risiko pendarahan dan kehilangan banyak darah
5. Risiko darah beku

Ni antara risiko yang doktor tu remind. Tapi nak taknak, I kena la juga hadap. Masa tu hanya boleh doa banyak banyak.

PAC (Patient Admission Centre) @ Tingkat 4

Kemudian ada seorang nurse ni dia bagi I baju untuk masuk OT, kena tukar baju. Masa tu barang semua tak boleh pegang. Semua kena pass dekat husband termasuk phone. Ye, kalau kena C-zer, diorang memang tak bagi pegang apa apa barang pun. Barang kemas masa tu I dah siap siap tanggalkan masa tunggu kat ruang luar emergency. Time tu yang ada dengan I ialah spec mata je. Tu pun mula mula spec mata pun nurse suruh pass dekat husband. Tapi I cakap kalau tak pakai spec nanti I tak nampak apa apa. Alhamdulillah nurse tu baik sangat and bagi I pakai spec. So baju, tudung, selipar semua masukkan dalam ziplock bag and pass kat husband. Masa tu I cuma pakai OT attire je. Pass kat husband tu pun kena bagi kat makcik guard, I tak boleh jumpa husband dah sebab I tengah kuarantin tunggu result swab.

Lepas dah tukar baju dan pass semua barang, nurse tu bawa I ke ruang menunggu di PAC. Dekat PAC ni I nampak ramai yang menunggu masa untuk normal delivery. Ada yang tengah baring sebab contraction kerap sangat berlaku, ada yang baring sambil jerit sebab sakit, ada yang masih berjalan jalan sebab nak cepatkan bukaan, ada yang tengah tidur, tengah tengok tv, tengah makan, tengah main phone dan sebagainya. Ramai juga lah and pack jugak PAC masa tu. Masa tu still PKP, suami tak boleh teman lagi ye. 

I diletakkan dalam satu bilik sementara nak tunggu result swab test keluar. Once result dah keluar, I dibenarkan ke bilik lain atau bercampur dengan orang lain yang juga tengah tunggu kat PAC. Masa tu pukul 3-4 pagi. Tak boleh tidur, takde phone, hanya nangis sambil zikir dan berdoa. Takut sangat sebab rasa sangat tiba tiba. Every 1-2 hours akan ada nurse datang untuk check jantung baby and check I punya BP sambil sambil tanya I okay ke, ada sakit sakit ke, contraction ke apa ke. 

Kalau ikutkan doktor kat emergency tu, dia schedule my operation pukul 8 pagi, Sabtu, 28/08/2021. Tapi disebabkan no contraction and jantung baby still okay, dia tak panggil I masuk OT lagi disebabkan ada satu emergency kes yang menyebabkan OT full. So dia hold dulu sampai kes tu selesai. Masa tu nervous + risau sebab dah lebih 15 jam air ketuban pecah. Risau baby dalam perut. Banyak kali panggil nurse. Nurse check jantung baby and explain kenapa lambat and asked me to not worry sebab semuanya okay. Sementara tu dia masukkan cathether (tube halus) dekat saluran air kencing (urine) untuk bagi I urinate dalam bag. So tube and bag tu dibawa masuk dalam OT. Nak buang air, buang air dalam bag tu. Masa nurse sumbat tube kat saluran urine tu, tak tipu ye, memang sakit. Tapi terpaksa tahan. Mula mula tu tak selesa sangat sebab ada benda kat saluran kencing kan, nak gerak pun rasa payah, tapi lama lama tu dah okay. 

Dewan Bedah Tingkat 6

Pukul 12 tengahari, nurse bagitahu OT room dah ready and I dah boleh dibawa ke sana. OT kat tingkat 6. Nurse datang masukkan antibiotic and ubat tahan muntah. Lepastu dia letak kita atas katil and katil tu tolak naik tingkat 6. 

Sampai tingkat 6, I nampak husband tengah tunggu kat luar ruangan menunggu. Husband pun datang sebab I nak pass spec tu. Before tu I ada call husband beberapa kali (guna phone patient kat PAC), bagitahu dia boleh tunggu situ sebab nak pass kan spec. Lepas nampak husband, husband tanya nurse boleh tak nak baca doa kejap. Nurse situ baik sangat and diorang bagi. Masa husband baca doa tu, air mata dah meleleh tak tahan dah. Dengan takutnya, dengan sejuknya, menggigil tahap apa dah masa tu. Nurse siap pujuk "jangan lah nangis". Part paling sedih bila husband cakap "I maafkan you. I halalkan semuanya. I pun minta maaf salah I. I doakan semuanya". Siapa je yang tak nangis kan bila dengar husband sendiri cakap macam tu. Masa tu rasa terharu sangat husband tunggu lama and siap baca doa. And I tahu dia akan tunggu kat luar sampai habis operation. 

Before masuk OT, ada sorang doktor ni remind pasal risiko bersalin c-zer. Yang ni doktor kat dewan bedah. Lepastu dia bagi consent form untuk kita sign. And then nurse kat dewan bedah tolak katil and letak I kat satu ruang menunggu ni. Datang lagi sorang doktor (doktor bius) untuk explain pasal bius. Doktor doktor situ baik sangat dan sangat soft spoken. Dia siap tanya "awak sejuk ke? Kat sini memang sejuk sikit. Tahan sikit ye. Nanti kita akan bagi warmer". To be honest masa tu I tak focus sangat apa dia cakap sebab I terlalu nervous. Sebab ini first time seumur hidup I nak masuk dewan bedah. Nak nangis, rasa menyesal semua ada masa tu. Tapi cepat cepat tepis and positivekan diri cakap semuanya akan okay. 

Dalam bilik OT, sangat sangat sejuk dan sangat terang penuh dengan lampu. Nurse + doktor dalam bilik OT tu ada lebih 10 orang rasanya. Masing masing buat part masing masing. Transfer I ke katil bedah, pasangkan macam macam alat kat satu badan. Lepastu doktor bius datang untuk inject kat belakag tulang tu. Dia pesan jangan gerak. Sebab kalau gerak and bius tak masuk betul, akan ada masalah lain pula nanti. Diorang bagi bantal untuk I peluk. So I peluk sekuat hati untuk taknak bagi gerak bila sakit kena cucuk. Alhamdulillah lepas cucuk, beberapa minit lepastu terus rasa kebas. Kaki tak boleh angkat dah. Tu maknanya bius tu dah berkesan.  

Selesai Operation - Pindah Masuk Wad Biasa

Operation ambil masa dalam 1 jam setengah - 2 jam. I separa sedar, so I dengar apa doktor cakap, I dengar apa doktor bius and nurse cakap cakap dengan I. I dengar suara baby nangis bila doktor keluarkan baby. Lepas keluarkan baby, nurse bawa baby untuk dibersihkan sementara doktor continue jahit. Lepas siap jahit, doktor bedah tu cakap kat I "okay puan, pembedahan kita dah selesai tanpa sebarang risiko. Pembedahan berjaya". Tak lama lepastu nurse datang bawa baby untuk skin to skin and susukan baby for the first time. Masa tu sebak sangat, rasa syukur Alhamdulillah. Allah permudahkan.I ingat nurse masa tu cakap "awak tengok baby awak ni. Boy ke girl?"  

So dalam pukul 2:45 petang macamtu, I siap operate dan di bawa ke unit pemantaun. Kat sana dia akan pantau selama 30 minit selepas operation. Untuk tengok kalau ada apa apa kesan yang diorang kena take action. Alhamdulillah lepas 30 minit, semua okay dan ready untuk masukkan ke wad biasa. Masa nak naik ke wad, I nampak husband tengah tunggu luar bilik bedah. Husband pun tolong sekali angkat and pindahkan I ke katil lain untuk dibawa ke wad. Tapi sebab suami tak boleh teman, dia stop kat luar wad. Masa tu nurse bagi baby untuk dia azankan dan bagi uri untuk bawa balik. Lepas dah siap azan, nurse bawa baby ke bahagian baby sebab I kena direhatkan. Tak boleh terus jaga baby.

Kat Hospital Shah Alam, I stay dekat wad kelas ketiga. Dekat satu ruang tu ada 7-8 katil. Nurse bawa ke katil, pindahkan ke katil, tukar kan baju wad dan suruh I baring and rehat. Lepas c-zer kena rehat 6-7 jam. Lepastu baru boleh bangun. Masa tu kepala rasa pening dan rasa lemah sebab kesan bius dan juga kesan selepas operation. Lepas 7 jam, I still rasa pening pening which I tak boleh nak jaga baby. Nurse kata dia akan bagi baby once I dah betul betul rasa sihat. Tengah malam tu, bila dah okay sikit, nurse datang bawa baby dan pesan suruh susukan baby. 

Awal awal tu struggle sikit sebab baby asyik tidur je, susah nak kejutkan dia untuk bangun minum susu. Lepastu awal awal susu sangat pekat, colustrum nama dia. Macam takde susu. Tapi sebenarnya ada cuma kena make sure baby suck nipple tu untuk stimulate pengeluaran susu. Lagi banyak baby hisap nipple, lagi cepat susu keluar. Cabarannya ialan nak kejutkan baby bangun untuk menyusu setiap 2 jam. Tak tidur sangat. Sakit sakit badan. Rasa helpless sebab sorang, suami takde, mak takde. 

Walaupun duduk wad tu katil banyak and macam takde privacy, tapi Alhamdulillah katil katil sebelah kiri kanan depan depan semua membantu. Dengan adanya diorang, I tak rasa sunyi dan tak rasa alone. Nak mandi, diorang tengokkan anak, nak makan pun sama sama sambil bersembang kat katil masing masing, anak taknak menyusu diorang bagi kata kata semangat, share tips itu ini. Kebanyakan diorang akak akak yang dah ada pengalaman bersalin. Diorang banyak tolong dan share experience. Diorang yang motivate I untuk keep bagi baby hisap nipple untuk stimulate susu. Diorang selalu motivate untuk jangan give up and yakin kan yang susu memang ada. 

Ringkasan Pengamalan

Musim masih PKP ni, bersalin kat hospital kerajaan ni memang suami tak boleh teman, sama ada you bersalin normal ataupun c-zer. Tapi suami boleh hantarkan barang, dengan cara pass barang tu dekat makcik guard. Nanti makcik guard yang akan masuk dalam wad dan pass barang tu kat kita. Kalau kita nak pass barang kat suami, nanti bagi je makcik guard tu, exchange barang masa dia hantar barang lain. 

Alhamdulillah experience bersalin kat hospital kerajaan (government hospital) best and sweet. Staff hospital daripada bahagian emergency, PAC, OT room, wad biasa semua helpful dan baik belaka. Takde pengalaman kena marah dengan nurse, atau kena paksa dengan nurse itu ini semua takde. 3 hari 2 malam dekat wad, nurse semua baik baik. Setiap hari doktor + HO akan datang check luka, doktor bius datang, doktor baby (paed) datang. Nurse pula akan check suhu and BP selang 2-3 jam setiap hari. Diorang akan tanya dah makan ke, dah susukan baby ke, bagi ubat setiap hari dan cucuk heparin (ubat cair darah) setiap pagi dan petang. 

Ada nurse yang siap tolong bancuhkan air milo bila dia tahu kita tak minum pagi lagi (7 pagi). Minum pagi pagi tu kena buat sendiri. Ada air panas and instant sachet untuk buat sendiri. Tapi ada sekali tu tak larat sangat so nurse yang bancuhkan air milo. Makanan dapat 4 kali sehari. Breakfast, lunch, minum petang, dan dinner. Kalau tengah malam lapar, ada roti yang husband hantar. So stock makanan sendiri kena ada juga.

Sepanjang kat hospital Shah Alam, kalau ada masalah, panggil je nurse. Diorang memang akan datang. Problem I kat sana mostly pasal nak susukan baby. Susu tak keluar lah, baby taknak bangun lah, baby taknak latch lah. Kalau berkaitan baby, dia panggil nurse baby. So nurse baby ni datang assist, tunjuk cara nak menyusu, betulkan bantal and katil untuk bagi I selesa dan bagi kata kata semangat. Antara ayat yang nurse baby selalu sebut "susu awak ada, jangan risau", "teruskan suruh baby hisap, nanti susu akan keluar", "nak menyusu ni lama tau, make sure awak selesa" dan "makan minum kena banyak, sebab awak nak menyusu". Diorang sangat supportive. 

Tips Sebelum Bersalin

1. Always monitor tanda tanda nak bersalin. Pecah ketuban/keluar darah/sakit pinggang yang kerap. I tak rasa semua tu kecuali air ketuban pecah je. 

2. Bila air ketuban dah pecah, cepat cepat pakai pad. Pakai pad ni penting untuk tengok air ketuban tu colour apa. Kalau colour jernih, maknanya your baby's condition is still good. Yang bahaya tu kalau air ketuban tu colour coklat atau kuning. 

3. Prepare bag hospital before masuk week 35. Jangan jadi macam I, masa air ketuban pecah tu bag hospital tak siap pack lagi. Baru 80% siap. Nasib lah husband iolls pandai and tahu apa yang patut di pack masa dah masuk wad haritu. 

4. Make sure untuk makan dulu before gerak ke hospital. Kalau takde energy macam mana nak push (untuk yang bersalin normal). Kalau you bersalin czer, once doctor confirm kena c-zer, you kena puasa tau. Tak boleh makan. So penting untuk you makan dulu before ke hospital. Sebab kadang kadang tu je lah masa terakhir untuk you makan. Sebab kalau sakit dah kuat sangat, nak makan pun tak sempat. 


Tulah sedikit sebanyak experience I bersalin kat hospital kerajaan ni. Agaknya rezeki I dan baby dapat layanan yang baik dan selesa sepanjang kat sana. Lain orang lain experience dia. Kita kena kuatkan semangat dan jangan take hard on everything. Kadang kadang nurse dan doctor ni diorang tengah penat, so agaknya time tu lah dia nampak macam garang. Cuba untuk jangan ambil hati dan fokus apa yang patut. Sambil tu doa doa kita dipertemukan dengan yang baik baik. Doa juga supaya urusan orang yang akan berurusan dengan kita tu dipermudahkan. Tapi sekarang ni husband dah boleh teman kan? Seronok la kan, Alhamdulillah.

All the best mommies and mommies to be out there. InshaAllah next entry I akan share preparation untuk bersalin pula ataupun my pregnancy journey. Stay tuned and thanks for reading!



CONVERSATION

0 comments:

Post a Comment

Back
to top